AS persoal cabaran perdagangan di tengah ketegangan G20

BADEN-BADEN, Jerman, 19 Mac – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mencabar dasar-dasar global berhubung perdagangan bebas, enggan untuk memperbaharui jaminan anti-fahaman perlindungan dan mengancam untuk mengadakan semula rundingan ke atas perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Dalam natijah awal kempen ‘Amerika Didahulukan’ yang dilaksanakan Donald Trump untuk dunia, menteri-menteri kewangan dari kumpulan G20 dari negara-negara berkembang dan membangun gagal untuk menda-patkan Washington mengakhiri jaminan untuk menolak fahaman perlindungan dalam kenyataan penutup.

Komitmen sokongan kepada sistem perdagangan multilateral yang ada, termasuk WTO, juga hilang tarikan daripada kenyataan akhir.

Dan keseluruhan bahagian tindakan ke atas perubahan iklim telah digugurkan, mencetuskan rasa terkejut dalam kalangan rakan-rakan Amerika serta aktivis pencinta alam sekitar. Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin memandang ringan bangkangan kuat itu, berkata ‘bahasa sejarah’ tidak relevan.

“Apa yang relevan adalah apa kita persetujui sebagai satu kumpulan: untuk memperkukuhkan sumbangan perdagangan kepada ekonomi kita,” katanya.

“Kita akan berusaha untuk mengurangkan ketidakseimbangan lebihan global bagi mempromosi keinklusifan dan keadilan serta mengurangkan ketidaksamaan,” tambahnya, menekankan apa yang Washington cari adalah ‘perdagangan bebas dan adil’ yang baik bagi kedua-dua Amerika dan seluruh dunia. – AFP