AS, Qatar adakan dialog ekonomi, pelaburan

AS, Qatar adakan dialog ekonomi, pelaburan

WASHINGTON, 25 Okt (NNN) – Amerika Syarikat dan Qatar akan mengadakan perbincangan di Washington awal minggu depan, untuk membincangkan kaedah bagi meningkatkan kerjasama di peringkat perdagangan dan pelaburan.

Jabatan Negara berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat pada Jumaat lalu, jabatan itu julung kali akan mengadakan Dialog Ekonomi dan Pelaburan AS-Qatar pada 26 Oktober ini di Washington, DC.

Setiausaha Negara John Kerry dan Setiausaha Perbendaharaan Jacob J. Lew akan melancarkan dialog tersebut dengan rakan mereka dari Qatar, Menteri Luar Dr Khaled Al-Attiya dan Menteri Kewangan Ali Al-Emadi.

Qatar adalah rakan kongsi strategik utama dari Amerika Syarikat, dan kedua-dua negara bekerjasama merentasi pelbagai isu.

Dialog Ekonomi dan Pelaburan merupakan satu pencapaian yang akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala termasuk di dalam rekod tahap perdagangan dan pelaburan.

Pada September lalu, dana kekayaan negara Qatar dan Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, membuka pejabat pertamanya di Amerika Syarikat dengan rancangan untuk melabur US$35 bilion di Amerika Syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.