AS rai ulang tahun ke-14 serangan 11 September

AS rai ulang tahun ke-14 serangan 11 September

NEW YORK, 11 Sept (dpa) – Amerika Syarikat (AS) meraikan ulang tahun ke-14 sejak serangan pengganas 11 September 2001 dengan satu upacara hari ini termasuk hari memperingati di pusat kunjungan yang baru dibuka di tapak pedalaman Pennsylvania tempat salah satu dari empat buah pesawat terhempas.

Upacara bertafakur itu akan diadakan seluruh negara bagi memperingati serangan pengganas yang meragut 2,977 jiwa.

Pada 11 September 2001, pemisah yang dalam misi nekad merampas empat buah pesawat penumpang, menukar pesawat terbabit menjadi misil ke atas dua menara Pusat Dagangan Dunia di New York dan ibu pejabat pertahanan Pentagon di luar Washington.

Tugu peringatan baru, yang dibuka semalam, memperingati mangsa-mangsa penerbangan United Airlines 93, pesawat keempat yang dirampas dalam pakatan itu, di mana penumpang-penumpang terhempas di atas padang di Pennsylvania untuk menghalang serangan ke atas Washington.

Flight 93 National Memorial Visitor Centre yang terletak di luar Shanksville, Pennsylvania, memberi penghormatan kepada 40 penumpang dan kru yang maut di tapak kejadian, yang juga menjadi tempat bersemadinya mangsa terbabit.

Pesawat itu jatuh 20 minit di luar Washington, di mana ia dipercayai pengganas mahu merempuh pesawat itu ke sasaran bernilai tinggi, yang disyaki sama ada Capitol atau Rumah Putih, tempat kediaman presiden.

Di New York, upacara itu dirancang di National September 11 Memorial and Museum, manakala di Washington, acara diadakan di Pentagon Memorial.

ARTIKEL YANG SAMA