AS rampas 6 tan dadah kokain

AS rampas 6 tan dadah kokain

WASHINGTON, 8 Ogos (dpa) – Pihak berkuasa AS berjaya memintas sebuah pesawat separa tenggelam yang membawa lapan tan dadah kokain di timur Lautan Pasifik, menurut satu laporan berita hari ini.

Kapal yang berukuran 12 meter itu dijumpai 200 batu selatan Mexico oleh pesawat tentera laut pada 18 Julai dan dipintas oleh Pengawal Pantai, yang menahan empat lelaki dan mengeluarkan enam tan kokain, CNN melaporkan, memetik dari sumber Pengawal Pantai.

Kargo yang selebihnya telah ditinggalkan pada bagi menstabilkan kapal tersebut, namun ia dimasuki air tatkala ditunda ke darat, dan tenggelam di perairan antarabangsa sekitar kedalaman 4,000 meter.

Kapal separa-tenggelam itu telah diwarnakan dengan warna hijau laut dan kelihatan seperti buatan sendiri, menurut laporan itu.

Pengawal Pantai berkata ia merupakan penangkapan terbesar mereka dari sebuah kapal separa-tenggelam.