AS rangka peraturan baru kereta pandu sendiri

AS rangka peraturan baru kereta pandu sendiri

WASHINGTON, 20 Sept – Amerika Syarikat semalam melancarkan satu rangka kerja kawalan aturan baru untuk perkembangan pesat teknologi kereta pandu sendiri, beberapa hari selepas Uber membuat penemuan baru dengan teksi tanpa pemandu pertamanya.

Setiausaha Pengangkutan AS Anthony Foxx berkata kerajaan persekutuan berhasrat menetapkan standard keselamatan untuk kereta masa depan di mana tidak ada manusia yang terbabit dalam pemanduan, walaupun ketika negeri individu masih mengawal kereta dengan menusia memandunya.

Namun sesetengah peraturan akan dilanjutkan kepada sistem bantuan pemandu moden, seperti dalam Tesla, yang boleh mengendali tahap pemanduan walaupun ketika memerlukan seseorang memandu kereta berkenaan, kata pegawai.

Mengumumkan penilaian keselamatan 15 perkara untuk sistem kereta tanpa pemandu, Foxx menekankan kerajaan mahu bekerjasama dengan pemaju – yang termasuk kebanyakan pengeluar kereta besar serta syarikat gergasi teknologi seperti Uber dan Alphabet (Google) – tanpa menjejas usaha mereka.

“Bidang ini kami iktiraf sebagai satu bidang yang berkembang. Ia adalah teknologi baru,” umum beliau. Foxx berkata pemandu dan kereta telah lama dikawal oleh negeri individu dalam undang-undang yang “tidak lengkap.”

Gambar fail 15 Julai 2016 menunjukkan sebuah bas pelancongan dua tingkat melintasi kenderaan Audi yang dipandu sendiri di Pennsylvania Avenue, berdekatan dengan Bangunan Capitol di Washington. - AP
Gambar fail 15 Julai 2016 menunjukkan sebuah bas pelancongan dua tingkat melintasi kenderaan Audi yang dipandu sendiri di Pennsylvania Avenue, berdekatan dengan Bangunan Capitol di Washington. – AP

“Kedinamikan kereta ini adalah perisian kini sedang mengendali kenderaan. Dan apabila perisian sedang mengendali kenderaan, ia merupakan satu bidang yang ingin kami kawal.”

15 mata di mana kereta tanpa pemandu, atau “kenderaan automatik” (HAVs), akan dinilai, termasuk persepsi kenderaan dan fungsi respon, sejauh mana prestasi kereta sekiranya berlaku kerosakan teknikal, rakaman data dan keupayaan perkongsian maklumat, privasi pengguna dan keselamatan daripada penggodaman.

Juga dalam senarai adalah “isu etika,” bagaimana kenderaan pandu sendiri diprogram untuk mengurus dilema konflik di jalan raya. – AFP