AS rangkul piala 4 negara

AS rangkul piala 4 negara

MIAMI, 10 Mac (AFP) – Amerika Syarikat (AS) bangkit selepas ketinggalan untuk menyingkirkan Jerman 2-1 dan menjulang Piala SheBelieves semalam dalam perlawanan ulangan separuh akhir Piala Dunia Wanita FIFA.

Alex Morgan dan Sam Mewis menjaringkan gol separuh masa pertama bagi wanita AS selepas tuan rumah digegarkan rembatan Anja Mittag minit ke-30 ketika Jerman mendahului di Boca Raton, Florida.

Kemenangan itu bermakna wanita AS menamatkan perlawanan empat negara di tangga teratas kumpulan dengan rekod 100 peratus selepas memenangi perlawanan menentang England dan Perancis.

AS memulakan perlawanan dengan pasukan yang mencatatkan kemenangan dalam Lima daripada barisan pemain mereka – Carli Lloyd, Hope Solo, Morgan, Becky Sauerbrunn dan Tobin Heath – masing-masing telah beraksi dalam 100 perlawanan antarabangsa.

Pengalaman tersebut begitu penting selepas tuan rumah ketinggalan kepada rembatan kaki kanan Mittag selepas setengah jam perlawanan. Jaringan itu juga menamatkan 781 minit tanpa bolos pasukan AS.

Skuad wanita AS meraikan kejayaan merangkul Piala SheBelieves selepas menumpaskan Jerman di Boca Raton, Florida kelmarin. – AFP
Skuad wanita AS meraikan kejayaan merangkul Piala SheBelieves selepas menumpaskan Jerman di Boca Raton, Florida kelmarin. – AFP

Bagaimanapun, tuan rumah kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-37 selepas persembahan menarik Morgan, yang melakukan hantaran tinggi membawa bola mengatasi pertahanan dan kemudian menyudahkannya.

Jaringan itu adalah gol ke-64 antarabangsa Morgan.

Empat minit kemudian dan Mewis menukar kedudukan kepada 2-1 apabila rembatannya dari jarak jauh berada di atas permukaan dan menewaskan Almuth Schult di gawang Jerman.

Kejayaan itu melanjutkan keputusan menarik pasukan wanita AS, yang belum pernah kalah pada 2016 ketika mereka berusaha meningkatkan persediaan Olimpik di Rio de Janeiro, di mana mereka akan mempertahankan mahkota yang dirangkul pada 2012.

Dalam perlawanan lain, England dan Perancis seri 0-0 untuk menamatkan perlawanan itu di tangga ketiga dan keempat dengan satu mata.

ARTIKEL YANG SAMA