AS Roma lepaskan Cole selepas 18 bulan

AS Roma lepaskan Cole selepas 18 bulan

ROM, 20 Jan – Full-back England yang paling banyak memenangi kap dan bekas pemain Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole (gambar bawah) telah dilepaskan oleh Roma selepas menyertai kelab Itali itu18 bulan yang lalu.

Dia hanya membuat 16 penampilan dalam semua kejohanan musim lalu dan tidak diturunkan walaupun sekali untuk perlawanan kempen semasa.

“Kelab ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Cole di atas komitmennya semasa tinggal di Rom dan mendoakan yang terbaik untuk kerjaya masa depannya,” kata satu kenyataan ringkas Roma di laman web rasmi mereka.

Media Itali mendakwa Cole mungkin berpindah ke Amerika Syarikat untuk menyertai Major League Soccer. Cole memenangi 107 kap England sebelum bersara daripada tugasan antarabangsa pada 2014 selepas tersingkir daripada skuad Piala Dunia negaranya.

p20-3_20160121

Dalam kerjaya kelab, beliau memenangi tiga gelaran Liga Perdana, tujuh Piala FA, Piala Liga sekali dan Liga Juara-Juara sekali bersama Chelsea pada 2012, sambil menambah Liga Europa setahun kemudian.

Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bek terbaik dalam generasinya tetapi kerjayanya dicemari beberapa kontroversi di luar padang.

Beliau berkahwin dengan seorang bintang pop Inggeris, Cheryl Tweedy, tetapi hubungan itu berakhir gara-gara kecurangan yang sentiasa dinafikan oleh Cole. Dia juga secara tidak sengaja tertembak seorang pelajar praktikal dengan raifel angin pada 2011 di Chelsea.

Tetapi saat paling manis ialah ketika mendakwa beliau “menggeletar dengan kemarahan” apabila Arsenal menawarkannya hanya 55,000 pound seminggu – sekitar dua kali ganda purata gaji tahunan negara pada masa itu – dalam lanjutan kontrak singkat sebelum meninggalkan Gunners dan berpindah ke Stamford Bridge. – AFP