AS runding tempatkan pesawat pengebom di Australia

AS runding tempatkan pesawat pengebom di Australia

WASHINGTON, 9 Mac (Reuters) – Amerika Syarikat (AS) sedang berunding untuk menempatkan pesawat pengebom jarak jauh di Australia, kata pegawai pertahanan AS, dalam jarak serangan Laut China Selatan, satu tindakan yang mungkin mencetuskan ketegangan dengan China.

Penghantaran itu mungkin termasuk pesawat pengebom B-1 dan perkembangan misi pesawat pengebom B-52, kata Leftenan Kolonel Damien Pickart, jurucakap untuk Tentera Udara AS di Pasifik, menekankan perbincangan sedang diteruskan dan tidak ada keputusan yang telah dicapai.

“Giliran pesawat pengebom berkenaan memberikan peluang kepada tentera udara kami untuk memperkukuh perikatan serantau kami dan memberikan Tentera Udara Pasifik dan pemimpin Pusat Ketumbukan Pasifik AS dengan serangan global yang boleh dipercayai dan keupayaan pencegahan untuk membantu mengekal keamanan dan keselamatan di rantau Indo-Asia-Pasifik,” kata Pickart.

ARTIKEL YANG SAMA