AS, Rusia saling tuduh menuduh

AS, Rusia saling tuduh menuduh

NEW YORK, 21 Sept – Syria terjerumus semula dalam pertumpahan darah semalam apabila PBB menggantung bantuan yang dipertikaikan oleh duta dan Amerika Syarikat dan Rusia mengenai serangan udara yang menjejas gencatan senjata.

Pegawai AS menuduh Rusia melancarkan serangan pada Isnin ke atas konvoi kemanusiaan, tiga hari selepas Moscow bertindak marah terhadap satu serangan pimpinan Amerika yang membunuh berpuluh tentera Syria.

Washington dan Moscow adalah penaja bersama satu usaha antarabangsa untuk mengenakan gencatan senjata ke atas perang saudara berusia lima tahun di Syria, dan perbalahan itu menjejas usaha untuk membuka semula dialog.

Selepas mesyuarat Kumpulan Sokongan Syria Antarabangsa 23-negara (ISSG) di New York, Setiausaha Negara AS John Kerry menegaskan usaha untuk memulihkan gencatan senjata “belum selesai.”

Menteri-menteri asing turut menghadiri mesyuarat dipengerusikan oleh Kerry dan rakan sejawatan Rusia Menteri Luar Sergei Lavrov, berkata mereka akan cuba bertemu sekali lagi pada minggu ini dalam rundingan yang sama dengan Perhimpunan Agung PBB.

Gambar yang disediakan oleh kumpulan antikerajaan Syria Aleppo, 24 News, menunjukkan trak-trak membawa misi bantuan rosak teruk, di Aleppo, Syria, kelmarin. - AP
Gambar yang disediakan oleh kumpulan antikerajaan Syria Aleppo, 24 News, menunjukkan trak-trak membawa misi bantuan rosak teruk, di Aleppo, Syria, kelmarin. – AP

Namun adalah sukar untuk melihat bagaimana rundingan AS-Rusia boleh diteruskan di tengah perbalahan mengenai serangan terbaru, yang dikatakan oleh Palang Merah telah memusnahkan 18 trak bantuan dan membunuh kira-kira 20 orang awam.

“Kesemua maklumat kami jelasnya menunjukkan bahawa ia adalah satu serangan udara,” kata jurucakap keselamatan negara Presiden Barack Obama Ben Rhodes. “Hanya terdapat dua entiti yang bertanggungjawab,sama ada rejim Syria atau kerajaan Rusia. Apa-apapun, kerajaan Rusia adalah bertanggungjawab terhadap serangan udara di ruang ini.”

Dua jet serangan SU-24 Rusia sedang beroperasi di kawasan di mana konvoi bantuan diserang di rantau Aleppo pada lewat Isnin, beritahu seorang lagi pegawai AS kepada AFP. “Penilaian terbaik yang kami ada adalah Rusia melancarkan serangan,” tambah beliau, bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan. – AFP