AS sasaran Ibrahimovic

AS sasaran Ibrahimovic

STOCKHOLM, 23 Nov – Pemain Manchester United Zlatan Ibrahimovic berkata dia mungkin akan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) pada masa depan.

“Saya boleh melihat diri saya menakluk AS, seperti mana saya (takluk) Eropah,” kata pemain Sweden berumur 35 tahun kepada akhbar harian Aftonbladet.

“Kebanyakan orang akan kekal di satu tempat sepanjang karier tetapi saya sudah mengembara seperti Napoleon di Eropah dan menakluk setiap negara yang saya berada,” kata Ibrahimovic.

“Jadi mungkin saya perlu merentas Atlantik dan menakluk AS juga,” katanya selepas memenangi anugerah Bola Emas Sweden buat kali ke-11, semalam.

Dalam penghormatan buat penjaga gol prolifik itu, persatuan bola sepak Sweden mengumumkan satu tugu Ibra akan dibina di Arena Friends di Stockholm setahun lagi.

Menyedari yang kedudukannya di United tidak sekukuh ketika dia bersama bekas pasukan Paris Saint-Germain, Ibrahimovic berkata dia cuba untuk memperoleh keputusan yang sama.

“Saya mengharungi tempoh yang baik di PSG; itu bukanlah rahsa. Kami mempunyai pasukan yang bagus dan kuat yang semakin baik pada setiap tahun,” katanya. – AFP