AS sedia hadapi Argentina

AS sedia hadapi Argentina

HOUSTON, 21 Jun (AP) – Pemain-pemain pasukan AS mengekalkan bahawa menentang Argentina dan Lionel Messi dalam separuh akhir Copa America awal pagi esok adalah sesuatu yang penting, namun bukan sesuatu yang luar biasa.

Pasukan Argentina adalah juara Piala Dunia dua kali dan Messi adalah Pemain Terbaik FIFA sebanyak lima kali. Sementara itu bukan lagi pasukan yang baru dalam bola sepak, AS tahu mereka masih jauh dari pasukan teratas.

“Terdapat sekumpulan pemain yang bagus dalam pasukan mereka. Kami mempunyai beberapa pemain yang bagus,” kata kapten pasukan AS, Michael Bradley semalam. “Pasti, di atas kertas mereka adalah pasukan yang semua orang fikirkan akan menang. Tiada masalah. Tetapi apabila wisel ditiup, ia masih lagi 90 minit perlawanan.”

Selepas memenangi kumpulannya, pasukan AS menewaskan Ecuador 2-1 untuk mara ke separuh akhir di luar rantau mereka buat kali pertama sejak 2009, apabila mengecewakan Sepanyol 2-0 dalam separuh akhir Piala Konfederasi sebelum mensia-siakan pendahuluan dua jaringan dan tewas kepada Brazil 3-2.

Ia bukanlah Piala Dunia, tetapi mara ke final bagi Copa America yang menyambut ulang tahun ke-100 adalah satu pencapaian terbesar bagi pasukan AS yang berada di ranking ke-31 yang dipersoalkan dengan perkembangan peminatnya selepas ia gagal untuk memenangi Piala Emas, CONCACAF.

Pengendali pasukan AS, Jurgen Klinsmann. – AFP
Pengendali pasukan AS, Jurgen Klinsmann. – AFP

pg23_160622_CopaAmericaLogo

“Kami mahu membawa perlawanan itu kepada mereka. Kami mahu mengekalkan kedudukan tinggi. Kami mahu bersemuka,” kata jurulatih AS, Jurgen Klinsmann. “Dalam usaha untuk berkembang, anda perlu melalui kesakitan dan anda perlu mencuba beberapa perkara. Anda perlu berdepan risiko. Dan apabila anda menjejaskan banyak perkara, di sini dan di sana, anda akan mendapatkan pengajaran.”

Sementara AS sekarang bersama Mexico sebagai kuasa di Utara dan Tengah Amerika dan Caribbean, layak bagi Piala Dunia kali ketujuh, ia adalah 12-43-15 dalam perlawanan menentang bekas juara Piala Dunia, termasuk 3-18-1 perlawanan. Ia adalah dalam separuh akhir Copa America buat kali pertama sejak 1995.

“Kami bukanlah sesiapa dalam dunia. Kami bermula pada 90an dan kami terpaksa meningkatkan laluan kami,” kata pemain pertahanan yang sudah bersara, Marcelo Balboa. Sebelumnya, kami menukar perancangan permainan untuk menentang beberapa pasukan. Sekarang mereka kekal kepada perancangan permainan, tetapi mereka sedar dengan dua atau tiga ancaman yang boleh melakukan kerosakan.”

Dan tidak terdapat ancaman lebih besar berbanding Messi, yang memenangi empat Liga Juara-Juara dan lapan La Liga bersama Barcelona tetapi yang belum memenangi kejuaraan bersama pasukan senior Argentina, yang memburu trofi pertama sejak 1993.

ARTIKEL YANG SAMA