AS, sekutu As...

AS, sekutu Asia Pasifik pamer jet baru

HONOLULU, 17 Mac – Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya Asia Pasifik mempamerkan jet penggempur baru mereka, pesawat yang bernilai sekitar AS$100 juta setiap satu.

Tentera Udara AS minggu ini menghoskan negara sekutu-sekutu dan rakan di Hawaii bagi simposium mengenai F-35 Joint Strike Fighter, yang tidak dapat dikesan di radar musuh.

Brig. Jen, Craig Wills, pengarah perancangan strategi di Pacific Air Forces, berkata AS mahu mengongsikan pengalamannya bersama F-35 dan F-22, sebuah lagi pesawat senyap, bersama sekutu dan rakan, jadi mereka tidak perlu mempelajari segalanya dengan sendiri.

Tentera Udara akan menggunakan F-35 untuk menggantikan A-10 dan F-16, dan berkata ia mewakili ‘peningkatan besar’ dalam keupayaan gempur udara ke atas pesawat-pesawat yang lebih lama.

“Idea itu adalah generasi kelima yang kami mahukan untuk beroperasi di kawasan-kawasan yang tidak dapat dilakukan pesawat lain, mengganti pesawat udara generasi keempat yang tidak dapat melaluinya,” kata Wills.

Kru lapangan mempersiapkan jet pejuang F-35 bagi misi latihan di Pangkalan Pasukan Udara Hill pada 15 Mac di Ogden, Utah. – AP
Kru lapangan mempersiapkan jet pejuang F-35 bagi misi latihan di Pangkalan Pasukan Udara Hill pada 15 Mac di Ogden, Utah. – AP

U.S. Marine Corps pada Januari lalu menempatkan 10 buah dari pesawat itu ke pangkalan di Jepun. Tentera Udara AS merancang untuk menempatkan jet tersebut di Alaska dalam tempoh tiga tahun.

Australia dan Jepun sudah menempah sebahagian pesawat itu yang digunakan bagi latihan juruterbang di Arizona. Korea Selatan dijadualkan untuk mendapatkan pesawat itu pada tahun depan.

F-35 dibangunkan dalam tatarajah yang berbeza bagi Tentera Udara, Tentera Laut dan Marine Corps. Versi bagi tentera Laut direka untuk berlepas dan mendarat di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 memiliki perbelanjaan besar, tetapi penganalisis berkata kos tersebut telah distabilkan dan dikurangkan selepas perundingan diadakan di antara Pentagon dan Lockheed Martin.

Loren Thompson, penganalisis pertahanan di Lexington Institute, an Arlington, kumpulan pemikir yang berpangkalan di Virginia, berkata F-35 boleh menghasilkan ‘perbezaan besar’ di tempat-tempat seperti Korea Utara, di mana ia boleh mengetepikan pertahanan udara dan menghapuskan ancaman sebelum mereka bertindak.

“F-35 boleh melakukan penerbangan dari Korea Selatan sehingga ibu negara Korea Utara tanpa diketahui oleh seseorang pun dari Korea Utara ketika ia dalam perjalanannya,” katanya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA