AS seru Korea U bebaskan pelajarnya

AS seru Korea U bebaskan pelajarnya

SEOUL, 17 Mac (AFP) – AS semalam menuduh Korea Utara memenjara seorang pelajar Amerika atas sebab-sebab politik dan memintanya dibebaskan dengan segera selepas Pyongyang menjatuhi kerja berat selama 15 tahun kerana mencuri tanda propaganda daripada sebuah hotel.

Otto Warmbier, seorang pelajar berusia 21 tahun daripada Universiti Virginia, disabit bersalah melaku kegiatan subversif dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Korea Utara, kata agensi berita Korea Utara KCNA. Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest mendakwa Korea Utara sedang menggunakan rakyat AS sebagai “alat untuk memburu agenda politik” dan menggesanya supaya membebasnya.

“Kami menggalak kerajaan Korea Utara supaya mengampunnya dan memberinya amnesti khas serta pembebasan segera,” kata Earnest. “Dakwaan di mana individu ini ditahan dan dipenjarakan tidak akan membawa kepada penahanan atau pemenjaraan di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di dunia.”

Pemerhati berkata hukuman berat itu kemungkinan satu gambaran ketegangan tentera yang meningkat di semenanjung Korea ekoran ujian nuklear Utara pada Januari dan pelancaran roket jarak jauh sebulan kemudian.

Imej diambil daripada video yang telah dikeluarkan oleh agensi berita rasmi Korea Utara KCNA Rabu lalu menunjukkan item yang mengandungi slogan propaganda Korea Utara yang telah membawa kepada penahanan pelajar AS, Otto Warmbier dalam cuba untuk mencurinya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA