AS siap siagakan tentera menentang IS

AS siap siagakan tentera menentang IS

ISTANBUL, 24 Jan – Timbalan Presiden Joe Biden semalam berkata bahawa AS dan Turki bersedia bagi penyelesaian ketenteraan ke atas Kumpulan Negara Islam (IS) di Syria sekiranya kerajaan Syria dan pemberontak gagal mencapai penyelesaian politik.

Pusingan terbaru rundingan damai Syria dirancang dimulakan esok di Geneva tetapi berisiko tertangguh sebahagiannya kerana pertikaian berhubung siapa akan terdiri daripada delegasi pihak pembangkang.

Kumpulan pemberontak bersenjata Syria semalam berkata mereka meletakkan tanggungjawab pada kerajaan Syria dan Rusia bagi sebarang kegagalan rundingan damai untuk menamatkan perang saudara di negara itu, meskipun sebelum rundingan dijangka bermula.

“Kami sememangnya tahu, adalah lebih baik jika kita boleh mencapai penyelesaian politik tetapi kami bersiap sedia, jika tidak mungkin mencapai penyelesaian ketenteraan kepada operasi ini dalam menyingkirkan Daesh,’ Biden berkata pada sidang media selepas rundingan dengan Perdana Menteri Ahmet Davutoglu.

Daesh adalah akronim pejoratif bahasa Arab bagi pemberontak Islam IS yang menguasai beberapa kawasan di Syria.

Erdogan (kanan) bertemu dengan Biden (kiri) di Istanbul. - Reuters
Erdogan (kanan) bertemu dengan Biden (kiri) di Istanbul. – Reuters

Seorang pegawai AS kemudian menjelaskan bahawa Biden berbincang tentang penyelesaian ketenteraan kepada Kumpulan Islam IS, bukan Syria secara keseluruhan.

Kumpulan pembangkang Syria yang disokong Arab Saudi malah menolak rundingan tidak langsung melainkan Damsyik mengambil langkah yang termasuklah penghentian serangan udara Rusia.

Biden berkata beliau dan Davutoglu juga membincangkan tentang bagaimana kedua-dua sekutu NATO itu boleh seterusnya membantu pasukan pemberontak Arab Sunni berjuang untuk menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad.

AS telah menghantar pasukan khas tentera untuk membantu para pemberontak memerangi Kumpulan Islam IS di Syria meskipun pasukan tentera tidak dihasratkan bagi gempur barisan hadapan.

Bersama-sama sekutu-sekutunya, Washington juga melancarkan seangan udara ke atas militan-militan Islam IS yang menguasai kawasan luas di Syria dan Iraq dan menyokong para pejuang pembangkang memerangi kumpulan itu.

Setiausaha Negara AS John Kerry berkata semalam, dia yakin rundingan damai Syria akan dijalankan, selepas dia mengadakan rundingan dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA