AS sifatkan p...

AS sifatkan perjanjian nuklear Iran gagal

WASHINGTON, 20 April – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson semalam menyifatkan perjanjian nuklear Iran satu kegagalan apabila Presiden Donald Trump mengarahkan kajian semula ke atas bagaimana Washington menangani ancaman dari Tehran.

Jabatan Negara mengakui bahawa Iran setakat ini mengekalkan tawar-menawar pihaknya yang dimeterai dengan kuasa-kuasa dunia dalam tahun 2015 untuk mengurangkan program nuklearnya dalam pertukaran bagi pengurangan sekatan.

Namun Tillerson mengatakan perjanjian itu adalah ‘membayar’ rejim dan akan hanya menangguhkan usahanya memajukan senjata nuklear yang boleh mengancam rantaunya dan dunia.

“Pentadbiran Trump tidak berniat menolak tanggung jawab kepada pentadbiran masa depan berhubung Iran,” Tillerson memberitahu para pemberita.

Rancangan Tindakan Menyeluruh (JCPOA) yang telah ditandatangani antara Iran dan kuasa-kuasa dunia membataskan pengayaan bahan api nuklearnya selama 10 tahun. trump mempunyai tempoh antara empat dan lapan tahun dalam jawatannya, bergantung sama ada beliau memenangi penggal kedua.

Tillerson berkata JCPOA ‘gagal mencapai matlamat Iran tanpa nuklear’ dan adalah produk ‘pendekatan lalu yang sama dan telah gagal yang telah membawa kita kepada ancaman pasti masa kini yang kita hadapi dari Korea Utara.

Jurucakap Trump, Sean Spicer berkata kajian itu akan dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan AS dalam tempoh 90 hari akan datang dan rekomendasi akan dikemukakan kepada presiden.

Perjanjian nuklear itu telah dicapai di Vienna pada Julai 2015 antara iran dan Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan AS. Ia telah dilaksanakan pada Januari tahun lalu. – AFP