AS tawar AS$5j tangkap penyeludup pejuang IS

AS tawar AS$5j tangkap penyeludup pejuang IS

WASHINGTON, 19 Nov (AFP) – Amerika Syarikat (AS) hari ini menawarkan AS$5 juta ganjaran kepada sebarang maklumat sehingga tertangkapnya warga kelahiran Arab Saudi yang menjadi suspek utama penyeludup pejuang asing ke Syria.

Jabatan Negara AS berkata, Tirad al-Jarba, yang turut dikenali sebagai Abu Muhammad al-Shimali, adalah anggota kanan Kumpulan Negara Islam (IS).

Al-Jarba sudahpun berada dalam senarai pengganas yang dikeluarkan AS dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menguatkuasakan larangan perjalanan dan pembekuan aset.

Menurut senarai sekatan PBB, Al-Jarba berusia 35 tahun dan Jumaat ini usianya 36 tahun yang berasal asal dari Arab Saudi dan pernah menjadi anggota Al-Qaeda.

Jabatan Negara AS mengeluarkan notis orang yang dikehendaki semalam dan menegaskan Al-Jarba adalah pemimpin IS di pekan Jarablus, sempadan Syria dengan Turki.