AS tekad akhiri dominasi Eropah

AS tekad akhiri dominasi Eropah

CHASKA, 23 Sept – Pasukan veteran AS begitu berselera untuk membalas dendam dan menjadi tuan rumah kepada skuad Eropah dengan enam pendatang baru apabila Piala Ryders ke-41 bermula di Hazeltine Jumaat depan.

Kapten pasukan AS, Davis Love dan lapan yang lain adalah antara pemain dan pembantu yang menyertai barisan 2012 yang tewas kepada kebangkitan hari terakhir dalam sejarah Piala Ryder selepas kumpulan Eropah 14 ½- 13 ½ dalam “Miracle at Medinah.”

Ingatan lain adalah kekalahan 16 ½ berbanding 11 ½ di Gleneagle pada 2014 menyebabkan pasukan AS membentuk pasukan petugas bagi merombak program Piala Ryder.

Biarpun AS membuat perubahan, kekalahan itu memberikan semangat walaupun pasukan AS tewas dalam Piala Ryder sebanyak tiga kali berturut-turut, enam daripada tujuh yang lalu dan lapan daripada 10 penyertaan dalam pertandingan tahun ini.

“Saya mahu membalas dendam seperti yang dilakukan keseluruhan pasukan kita,” kata Patrick Reed yang mendiamkan peminat Eropah di Gelneagles selepas membuat pukulan hebat yang terus diingati.

Kapten pasukan Piala Ryder AS, Davis Love. – AP
Kapten pasukan Piala Ryder AS, Davis Love. – AP

“Malangnya Piala Ryder tidak kembali bersama kami. Kami berharap pasukan kami bersemangat untuk keluar dan mengekalkan Piala Ryder kembali.”

Pemenang dua kali Jordan Spieth yang berganding baik bersama Reed pada 2014, suka dengan gabungan bakat muda bersama pemain veteran seperti Phil Mickelson, 46, juara Terbuka AS, Dustin Johnson dan pemenang Kejohnan PGA, Jimmy Walker.

“Gandingan pengalaman walaupun sedikit parut atau kesan sebahagian pemain lama yang diperlukan untuk memperbaiki kesilapan Piala Ryder masa lalu dengan sebahagian pemain baru.

Saya rasa ia kejayaan formula. Anda tidak semestinya mencari kerana ia sudah berada di tempat itu dengan cara itu,” kata Speith. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA