AS tetap hebat tanpa Williams

AS tetap hebat tanpa Williams

BRISBANE, Australia, 17 April (AFP) – Walaupun tanpa Serena dan Venus Williams, pasukan AS terlalu kuat bagi Australia dalam persaingan playoff, Piala Fed mereka, untuk mara dalam lapan buah negara elit, Kumpulan Dunia tahun depan dengan kemenangan bagi tiga pertandingan perseorangan mereka.

Coco Vandeweghe mengisi tempat bagi Madison Keys pada pertandingan perseorangan hari ini dan bangkit setelah ketinggalan satu set dan menewaskan pemain nombor satu Australia, Sam Stsour 2-6, 7-5, 6-4 untuk memberikan pasukan AS pendahuluan 3-0 dalam persaingan playoff lima terbaik di atas gelanggang tanah liat dalam dewan sementara di Pat Rafter Arena.

Vandeweghe menyelamatkan dua breakpoint pada permainan terakhir sebelum menamatkan dengan kemenangan servis. Bagi kali kedua dalam banyak–banyak persaingan, bekas juara Terbuka AS dan finalis Terbuka Perancis, Stosur terjejas selepas memenangi set pertama.

Christina McHale menewaskan Stsour 3-6, 6-1, 7-5 semalam untuk membolehkan AS mendahului 2-0 selepas Madison Key memulakan kemenangan 6-4, 6-2 ke atas Daria Gavrilova, yang membuat kemunculannya dalam Piala Fed bagi pasukan Australia.

ARTIKEL YANG SAMA