AS undi rang undang-undang tegah kemasukan pelarian

AS undi rang undang-undang tegah kemasukan pelarian

WASHINGTON, 20 Nov (AFP) – Dewan Perwakilan semalam mengundi untuk menegah pelarian Syria dan Iraq dari memasuki AS sehingga langkah pemeriksaan lebih tegas dikuatkuasakan, satu langkah yang beberapa pihak membidasnya sebagai mengalah kepada pendirian gerun orang asing selepas serangan di Paris.

Penggubalan undang-undang Republikan, respons pertama kongres terhadap serangan membunuh minggu lalu, telah diluluskan dengan banyaknya, dengan 289 berbanding 137. Hampir empat dozen Demokrat membantah presiden mereka untuk menyokong langkah itu.

Rang undang-undang itu kini memasuki Senat, yang mana nasibnya tidak pasti, tetapi ia mewujudkan percanggahan dengan Presiden Barack Obama, yang mengancam akan menggunakan veto terhadap rang undang-undang itu dan mengkritik Republikan kerana ‘histeria’ dan kurang kemanusiaan mereka untuk menerima tekanan.

“ISIS telah berikrar akan memerangi mereka yang tidak bersalah di sini,” Republikan Dewan itu Trey Gowdy memberitahu rakan sekerja, dengan menggunakan singkatan kumpulan pelampau Islam IS itu.

Speaker Dewan Perwakilan AS, Paul Ryan mengadakan sidang akhbar mengenai rang undang-undang pelarian Syria di Washington. – Reuters
Speaker Dewan Perwakilan AS, Paul Ryan mengadakan sidang akhbar mengenai rang undang-undang pelarian Syria di Washington. – Reuters

Undian ya pada semalam kekurangan satu dari 290 yang diperlukan untuk menolak veto jika setiap anggota mengundi. Tetapi dalam Senat, pemimpin minoriti Harry Reid berkata langkah itu akan berdepan tentangan sengit dari pihak Demokrat. Rang undang-undang akan mencegah pelarian dari Iraq dan Syria dari sampai ke pesisir AS sehingga pemeriksaan latar belakang dilaksanakan sebagai sebahagian proses pemeriksaan bagi setiap pelarian.

Ia juga akan memerlukan pengarah-pengarah Biro Persekutuan Penyiasatan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dan Pengarah Perisikan Kebangsaan untuk mengesahkan sendiri bahawa setiap peneroka baru tidak akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Langkah seumpama itu, menurut Demokrat adalah mimpi ngeri logistik bagi ketua jabatan yang seharusnya menumpu lebih langsung pada mencegah kumpulan IS dan kumpulan pelampau lain.

Pihak Republikan mempertahankan langkah itu sebagai keperluan yang bermakna selepas serangan di Paris yang mengorbankan 129 orang.

“Hari ini bukan hari untuk berkongsi wilayah kita,” Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Perwakilan Jeb Hensarling memberitahu rakan-rakan sekerja.

ARTIKEL YANG SAMA