AS upah kontraktor swasta cipta sistem komputer

AS upah kontraktor swasta cipta sistem komputer

WASHINGTON, 1 Mac (Reuters) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengupah kontraktor swasta bagi membangun sistem komputer bernilai lebih AS$600 juta bagi agensi pemeriksa latar belakang baru yang ditubuhkan selepas berlakunya pencabulan keselamatan tahun lepas yang mendedahkan data peribadi hampir 22 juta orang, kata pegawai tertinggi memberitahu Reuters.

Pentagon merancang untuk bertemu syarikat-syarikat yang berminat dan meminta cadangan sebelum 30 September, pada akhir tahun fiskal 2016, selepas memuktamadkan keperluan bagi penggantian adaptasi dan lebih fleksibel, kata Richard Hale, ketua timbalan pegawai maklumat bagi siber sekuriti Pentagon.

Dalam satu temu bual bersama Reuters yang diberikan minggu lalu, katanya Pentagon berharap untuk membina sistem baru secepat mungkin, namun kemajuannya akan diukur menerusi ujian dan acara daripada tarikh yang ditetapkan.

Pembuat senjata besar seperti General Dynamics Corp, Raytheon Co, Lockheed Martin Corp dan Northrop Grumman Corp dijangka akan membida bagi kerja tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA