AS$20 juta perangi selesema burung

AS$20 juta perangi selesema burung

ROM, 20 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini merayu sebanyak AS$20 juta untuk membendung penularan selesema burung di Afrika Barat, sebuah rantau yang masih digoncang dengan krisis Ebola.

Persatuan Pertanian dan Makanan (FAO) di Rom mengatakan ia memerlukan dana sekitar 18.45 juta euro untuk tindakan segera bagi membendung penularan selesema burung H5N1, tanpa-nya virus burung itu akan merebak di seluruh rantau.

Kerana penyakit memudaratkan itu boleh terjangkit kepada manusia, FAO mengatakan ia bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam rancangan kontigensi dan menyiasat punca kes selesema itu.

Seruan itu berikutan penularan di ladang ternakan, pasar dan hal kaitan keluarga di Burkina Faso, Ivory Coast, Niger, Nigeria dan Ghana.

“Penularan itu muncul ketika negara di seluruh Afrika Barat masih lagi berpulih daripada dan dalam beberapa kes masih lagi bergelut dengan Ebola,” kata FAO, merujuk pada epidemik yang berpusat di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

“Selesema burung itu boleh mencetuskan banyak ayam yang mati – sumber nutrisi makanan bagi kebanyakan orang – dengan impak menjejaskan diet dan ekonomi di rantau itu, memburukkan situasi yang sudah sukar,” tambahnya.

Juan Lubroth, ketua bahagian kesihatan haiwan FAO, memberi amaran ‘risiko sebenar penularan virus berkenaan.’ – AFP