AS$2,700 untuk ‘berbual’ dengan Clinton?

AS$2,700 untuk ‘berbual’ dengan Clinton?

WASHINGTON, 12 Jun (AFP) – Empat, lima, malah enam kali seminggu, Hillary Clinton mengadakan pertemuan dengan para penyokong yang berminat untuk berjabat tangan dengan selebriti Demokrat itu – semuanya merupakan salah satu usaha kutipan dana bagi membantunya oleh ke Rumah Putih.

Para tetamu yang layak dijemput untuk mengadakan apa yang dianggap sebagai “perbualan dengan Hillary,” pada kos AS$2,700 – had yang dibenarkan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya pilihan raya Persekutuan (FEC) ke atas derma kepada para calon dalam pusingan awal pilihan raya presiden 2016.

Sebaik sahaja peringkat awal diputuskan, seseorang penyokong boleh membuat sumbangan baru maksimum AS$2,700 kepada calon dalam pilihan raya presiden.

Clinton, bekas Setiausaha Negara dan calon pilihan bagi Demokrat, sudah mengambil bahagian dalam 40 resepsi mengutip derma sejak melancarkan kempennya pada April, menurut Yayasan Sunlight, pertubuhan bukan partisan Washington yang membuat kajian mengenai pembiayaan kempen.

Clinton yang berusia 67 tahun, akan mengadakan perhimpunan kempen besar pertamanya pada esok di New York, yang dijangka bakal dihadiri beribu-ribu pengundi.

Calon presiden Demokrat Hillary Clinton ketika salah satu sesi perbualan dengan para penyokongnya yang membabitkan penyaluran derma berjumlah AS$2,700 bagi kegunaan kempen pilihan raya presiden kelak. – AFP
Calon presiden Demokrat Hillary Clinton ketika salah satu sesi perbualan dengan para penyokongnya yang membabitkan penyaluran derma berjumlah AS$2,700 bagi kegunaan kempen pilihan raya presiden kelak. – AFP

Tetapi siapakah yang menghadiri acara mewah dan kurang publisiti itu?

Rakan-rakan Clinton, anggota Demokrat yang berpengaruh, para eksekutif, pengasas bersama Facebook, suaminya Bill Clinton, dan jutawan Tom Steyer sudah pun menghadiri dalam beberapa acara sebelum ini manakala pada 29 Jun depan penyanyi rock Bon Jovi akan bernyanyi bagi salah satu perjumpaan.

Clinton mengambil bahagian dalam tiga resepsi pada Rabu lepas di tiga bandar di timur laut Amerika Syarikat.

Kekurangan dalam peraturan akan membolehkan Clinton menarik lebih banyak wang daripada para penderma, tetapi calon itu sudah pun menyatakan komitmennya secara terbuka untuk membaharui undang-undang pembiayaan pilihan raya demi mengurangkan mengendurkan peningkatan pengaruh derma peribadi dalam pilihan raya Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA