AS$28,000 bagi sebarang maklumat

AS$28,000 bagi sebarang maklumat

BANGKOK, 19 Ogos – Pihak berkuasa menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta baht (AS$28,000) bagi sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan kepada siapa yang bertanggungjawab kepada pengeboman baru-baru ini.

Pihak polis mendedahkan pada lewat kelmarin bahawa mereka telah menyempitkan pencarian mereka kepada seorang suspek yang dilihat di litar cctv sebelum letupan itu.

Lelaki itu membawa bagasi hitam ke kawasan itu, dan telah dilihat meninggalkan tempat kejadian tanpa membawanya sejurus sebelum letupan terjadi.

Menurut jurucakap kerajaan Winthai Suvaree, satu pasukan petugas yang merangkumi tentera dan polis telah membuat “banyak kemajuan dalam mengesyaki suspek berkenaan. Kami menggabungkan kemajuan itu dengan bukti forensik dan testimoni daripada saksi.”

Jurucakap polis Prawut Thavornsiri berkata sebuah letupan telah diletupkan tanpa sebarang korban jiwa di jeti sibuk Bangkok di sungai Chao Priya kelmarin yang dikaitkan dengan pengeboman pertama, kerana pasukan-pasukan forensik mendapati persamaan.

Jumlah kematian dari serangan Isnin lepas kekal pada 20 orang dan 123 cedera, menurut Pusat Perubatan Erawan.

Ia berkata 12 orang telah mati di tempat kejadian, dengan lapan lainnya meninggal akibat kecederaan parah di hospital. Kebanyakan dari yang telah mati merupakan pelancong asing.

Perdana Menteri Britai David Cameron berkata beliau “berasa amat sedih” apabila berita mengatakan seorang wanita warga Britain di Hong Kong merupakan antara yang terbunuh di Bangkok.

“Fikiran saya bersama dengan keluarganya dan semua yang terjejas,” Cameron menulis dalam Twitter.

Dalam orang-orang cedera selebihnya, 55 orang telah dikeluarkan dari hospital, jurucakap kerajaan Winthai berkata. Winthai berkata semua kos perbelanjaan hospital akan ditanggung oleh kerajaan.

Sementara itu pemuja-pemuja dan pemberi selamat pulan semula ke kuil berkenaan bagi memberikan doa-doa, dengan beberapa meninggalkan bunga dan nota-nota kecil dalam mengingati mangsa-mangsa yang telah terkorban.

Pegawai polis di tempat kuil itu berkata patung Hindu Brahma itu hanya mengalami “kerosakan kecil.”

“Situasi sekarang telah kembali pada taraf normal, penduduk boleh menjalani kehidupan mereka seperti biasa,” jurucakap kerajaan Winthai Suvaree berkata. – Agensi