AS$3.05b untuk perkilangan canggih

AS$3.05b untuk perkilangan canggih

BEIJING, 8 Jun – China melancarkan dana permulaan perkilangan canggih bernilai 20 bilion (AS$3.05 bilion) bagi memudahkan pemodenan sektor pembuatan, lapor Agensi Berita Xinhua hari ini.

Dana itu yang dibenarkan oleh Majlis Negara dan diilhamkan oleh Suruhanjaya Reformasi dan Pembangunan Kementerian Kewangan dan Kementerian Industri dan Maklumat, terhad kepada usaha sama dan institusi berorientasikan pasaran.

Daripada jumlah pembiayaan itu, enam bilion yuan disediakan oleh Perbendaharaan pusat manakala selebihnya akan disumbangkan oleh pelabur termasuk State Development and Investment Corp serta Industrial and Commercial Bank of China. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA