AS$5.5 bilion selamatkan Sharp

AS$5.5 bilion selamatkan Sharp

TOKYO, 22 Jan (Reuters) – Dana kerajaan Jepun dan penyedia pinjaman firma elektronik Sharp berkemungkinan menyetujui pelan menyelamat baharu bernilai AS$5.5 bilion (RM23.8 bilion) minggu depan, kata sumber dengan pengetahuan rapat mengenai perkara itu hari ini.

Rancangan itu adalah pelan menyelamat ketiga untuk syarikat bermasalah itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sharp juga perlu menimbang cadangan daripada pembekal Apple, Foxconn.

Dana milik negara itu, Innovation Network Corporation of Japan (INCJ) dilihat sebagai pendahulu dalam usaha menyelamatkan Sharp kerana kerajaan Jepun mahu mengekalkan teknologi syarikat di negara berkenaan.

Gambar yang diambil pada 30 Okt 2015 menunjukkan seorang lelaki melintasi paparan iklan yang menunjukkan logo Sharp Corp di Tokyo, Jepun. – Reuters
Gambar yang diambil pada 30 Okt 2015 menunjukkan seorang lelaki melintasi paparan iklan yang menunjukkan logo Sharp Corp di Tokyo, Jepun. – Reuters

INCJ menawar untuk melabur RM23.8 bilion di dalam Sharp, manakala bank bersedia menawarkan sehingga 350 bilion yen (RM12.86 bilion), termasuk sebahagiannya sebagai pertukaran hutang-ekuiti, kata sumber kepada Reuters.

Firma Taiwan, Foxconn yang secara rasmi dikenali sebagai Hon Hai Precision Industry Co menawarkan 600 bilion yen (RM22 bilion) kepada Sharp.

Namun, syarikat itu masih belum mengemukakan cadangan butiran pelan penstrukturan semula syarikat, kata sumber itu yang enggan dikenali kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.

ARTIKEL YANG SAMA