AS$552 juta mantapkan pertahanan

AS$552 juta mantapkan pertahanan

MANILA, 20 Julai – Filipina bercadang membelanjakan 25 bilion peso (AS$552 juta) pada tahun depan untuk membeli kapal frigat, kapal pengawasan dan radar untuk mempertingkat pengawasan dan pengesanan di Laut China Selatan, menurut pegawai hari ini.

Dana untuk memodenkan tentera adalah sebahagian daripada bil belanjawan Presiden Benigno Aquino berjumlah 3 trilion peso pada 2016, tahun terakhir beliau menjadi presiden. Aquino tidak layak untuk bertanding untuk penggal kedua.

Cadangan belanjawan adalah 15.1 peratus lebih daripada peruntukan sekarang berjumlah 2.606 trilion peso, menurut Setiausaha Belanjawan dan Pengurusan Florencio Abad, menambah kira-kira 80 peratus daripada perbelanjaan kerajaan “akan dihabiskan oleh anggaran atau kos program dan projek berterusan.”

“Pada 2016, cadangan kami kepada Kongres adalah 25 bilion peso untuk program pemodenan,” beritahu Abad kepada Reuters berkata ia akan menjadi perbelanjaan tertinggi untuk pemodenan tentera dalam dua dekad.

Abad berkata belanjawan kerajaan, termasuk pelan perbelanjaan pertahanan, akan dihantar kepada Kongres pada minggu depan selepas presiden menyampaikan Ucapan Negara terakhirnya pada 27 Julai.

Seorang jeneral tentera, yang enggan dinamakan disebabkan beliau tidak dibenarkan bercakap kepada akhbar, memberitahu Reuters wang tersebut akan digunakan untuk memperoleh dua kapal frigat, dua pesawat udara peronda jarak jauh dan tiga radar pengawasan udara.

Wang selebihnya akan digunakan untuk pelunasan tahunan 12 kapal pejuang FA50 yang ditempah dari Korea Selatan. Dua buah kapal terbang dijangka dihantar pada Disember ini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA