AS$6.25 juta pampasan banduan tidak bersalah

AS$6.25 juta pampasan banduan tidak bersalah

NEW YORK, 24 Jun (AFP)– Pihak berkuasa New York kelmarin bersetuju untuk membayar pampasan AS$6.25 juta kepada seorang yang lelaki tidak bersalah yang telah merempat di penjara hampir 25 tahun atas tuduhan bunuh yang tidak dilakukannya.

Jonathan Fleming, 53, dibebaskan pada April 2014 apabila kesalahannya telah dibatalkan oleh peguam daerah Brooklyn setelah menghabiskan hampir setengah masa hidupnya dalam penjara.

Dia telah disabitkan salah pada Ogos 1989 menembak seorang rakan walaupun ketika itu bersama keluarganya di Orlando, Florida ketika pembunuhan itu.

New York can offer Jonathan Fleming this compensation for the injustice that was committed against him.”

“Fleming menghabiskan hampir separuh hidupnya dalam penjara atas jenayah yang bukti ada ketika itu menunjukkan dia tidak bersalah,” kata pengawas bandar New York Scott Stringer.

“Kami tidak dapat memberinya semula masa yang dihabiskannya di penjara, tetapi bandar New York boleh menawarkan Jonathan Fleming pampasan ini ke atas ketidakadilan yang disabitkan ke atasnya.”

Dia terus pergi ke hospital untuk melihat ibunya yang telah uzur selepas penandatanganan penyelesaian, menurut peguamnya.

“Penyelesaian pantas itu akan membolehkan Jonathan dan keluarganya untuk bina hidup baru tanpa kesakitan dan prospek tanpa tindakan undang-undang.

Dalam satu temu bual dengan the Guardian tahun lepas, Fleming berkata dia duduk di katil penjaranya dan menangis selama 10 minit apabila dia diberitahu dia telah bebas.

Dia keluar dari penjara dengan hanya AS$93 dan beberapa pakaian, memaksanya untuk berpindah dari hotel ke hotel atau tinggal bersama rakan-rakan dan keluarga sementara dia mencari pekerjaan.

“Saya berhak untuk mendapat pampasan,” beritahunya kepada the Guardian dalam satu video temu hual. “Kerana di akhirnya, semua orang melihat saya tidak bersalah.”