AS$600 juta untuk Kemboja

AS$600 juta untuk Kemboja

PHNOM PENH, Kemboja, 15 Julai – Perdana Menteri Kemboja mengumumkan hari ini bahawa China akan memberikan kerajaannya hampir AS$600 juta dalam bantuan untuk menyokong infrastruktur, pendidikan dan kesihatan negara.

Perdana Menteri Hun Sen berkata dalam satu kenyataan bahawa bantuan dimuktamadkan selepas beliau bertemu dengan rakan sejawatan China Li Keqiang pada mesyuarat Asia-Eropah di Mongolia.

“Atas permintaan saya, kawan kami di China telah bersetuju untuk menyediakan wang untuk menyokong proses pilihan raya, penjagaan kesihatan, pendidikan dan air bersih,” kata Hun Sen.

China adalah sekutu utama dan rakan ekonomi Kemboja. Ia telah memperuntukkan berjuta-juta dolar dalam bantuan dan infrastruktur sejak satu dekad lalu, memberinya status tarif bebas ke atas beratus barangan perniagaan dan menghapus kira hutangnya.

Sebagai tukaran, Kemboja menyokong China dalam forum antarabangsa, termasuk dalam perbalahan Beijing yang berterusan dengan negara Asia Tenggara lain di laut China Selatan.

Pada bulan lalu, Kemboja menghantar pulang 39 penjenayah ke China, termasuk 25 warga Taiwan, di mana Beijing menegaskan ia mempunyai bidang kuasa meskipun bantahan daripada Taipei. –AP

ARTIKEL YANG SAMA