Asah bakat pelajar berfikiran kreatif

Asah bakat pelajar berfikiran kreatif

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 25 Jan – Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET), hari ini, menganjurkan Simposium Sains Belia (Youth Science Symposium) buat kali kedua yang berlangsung di Teater Kuliah, PTET.

Teo Zhi Perng dengan menyampaikan tajuk pembentangannya ‘How to Delay the End of The Earth’ telah dinobatkan sebagai penyampai terbaik, sekali gus mendapat tempat pertama Simposium Sains Belia pada tahun ini.

Manakala itu, Awang Mohd Amirul bin Maidin dengan tajuknya ‘Clean Water’ mendapat tempat kedua dan Dayang Maimunah Fa’izun binti Haji Abdul Rahman dengan menyampaikan tajuk ‘Energy Crisis’ mendapat tempat ketiga.

Para pemenang menerima wang tunai dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Sains PTET, Bryan David Haysum.

Para pemenang bergambar bersama ahli jawatankuasa  Simposium Sains Belia PTET.
Para pemenang bergambar bersama ahli jawatankuasa Simposium Sains Belia PTET.
Teo Zhi Perng dinobatkan sebagai penyampai terbaik dalam Simposium Sains Belia PTET kali kedua.
Teo Zhi Perng dinobatkan sebagai penyampai terbaik dalam Simposium Sains Belia PTET kali kedua.
Teo Zhi Perng dinobatkan sebagai penyampai terbaik dalam Simposium Sains Belia PTET kali kedua.
Teo Zhi Perng dinobatkan sebagai penyampai terbaik dalam Simposium Sains Belia PTET kali kedua.

Pada tahun ini, lima orang pelajar Tahun 13 PTET telah menyampaikan pembentangan masing-masing, di mana para peserta diberi peluang untuk mengkaji dan menyelidik topik-topik sains yang menjadi pilihan peserta sebelum membuat pembentangan.

Penghakiman para peserta telah dibuat oleh tiga orang pensyarah yang terdiri daripada Pensyarah Biologi, Profesor Madya David John Marshall; Pensyarah Kimia, Dr Muhammad Hilni Harun Sani dan seorang dari Universiti Brunei Darussalam iaitu Pensyarah dari Fakulti Sains, Dr James Robert Dennings.

Ketiga-tiga hakim berkenaan berpeluang mengongsikan pengalaman dan kepakaran mereka kepada pelajar-pelajar sains PTET melalui soalan dan penjelasan mereka kepada peserta-peserta Simposium petang tadi.

Antara objektif utama simposium ini adalah untuk mencari pelajar-pelajar yang berbakat dalam menyampaikan pembentangan sains dengan cemerlang dan menarik, serta dapat memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk berfikir secara mendalam tentang dunia sains masa kini.

Menerusi simposium yang membawa tema ‘Bagaimana Sains Menyelesaikan Cabaran-cabaran Global Moden’ ini, ia juga akan dapat menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kreatif dalam mengemukakan hujah-hujah yang disampaikan.

Sebagai salah satu aktiviti yang telah bermula sejak Januari 2015, simposium ini telah memberikan impak positif menuju ke arah kemajuan pelajar-pelajar dalam Forum Sains Belia PTET yang mana sejak forum itu ditubuhkan pada Februari 2015, sebanyak 15 topik telah pun dibincangkan dan telah menerbitkan enam surat berita dalaman.

Untuk mengetahui perbincangan sains forum Pelajar PTET dengan lebih lanjut, mereka bolehlah layari blog utama mereka di alamat www.ptetyouthscienceforum.worpress.com.

ARTIKEL YANG SAMA