Asah bakat pemain cilik

Asah bakat pemain cilik

Oleh Anwar Rosly
Gambar oleh NFABD

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Seramai 80 peserta bawah 12 tahun dari keempat-empat daerah hari ini mengambil bahagian dalam Kejohanan Bolasepak Centre of Excellence (COE) Cross District bertempat di Padang Turf Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD)House, di sini.

Kejohanan yang dihoskan oleh NFABD itu bertujuan untuk memupuk dan mengenal pasti pemain berbakat di samping menyediakan program latihan pembangunan yang sistematik dan progresif yang diketuai oleh jurulatih Asian Football Confederation (AFC) yang berlesen.

Antara lain tujuan kejohanan itu ialah untuk memberi pengalaman bersaing dengan daerah-daerah lain sebagai satu pasukan dalam persekitaran kejohanan. Setiap peserta telah menjalani latihan COE yang diadakan di setiap daerah pada setiap hari Ahad bermula pada awal tahun 2015.

p21-3_20151207

Di akhir kejohanan itu, semua peserta menerima pingat masing-masing sebagai tanda penyertaan yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar.

Kejohanan COE Cross District ini juga disokong oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Persatuan Bola Sepak Jepun serta ditaja oleh Aewon Brunei Sdn Bhd, Superwater Marketing Sdn Bhd dan Bentrepot Enterprises Services Sdn Bhd.