Asah kepimpinan diri

Asah kepimpinan diri

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Dalam usaha untuk membentuk sebuah persatuan yang berwawasan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini, telah mengadakan kursus kepimpinan selama tiga hari di Daerah Temburong yang disertai 29 mahasiswa dan mahasiswinya.

Menurut kenyataan UNISSA, program yang bermula 20 hingga 22 September lalu itu disertai oleh 23 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA sesi pengajian 2015/2016 dan enam orang lagi mantan ahli MPP UNISSA sesi pengajian 2014/2015.

Ia diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UNISSA dengan kerjasama pihak Pusat Pembinaan Jati Diri (OBBD), Temburong, dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar dalam membina disiplin dan ketahanan diri demi meningkatkan semangat dan keyakinan melalui sikap yang positif.

Di samping itu, program ini dapat memberikan kemahiran baru bagi melengkapkan diri dalam menghadapi segala cabaran ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka selaku ahli-ahli MPP.

29 mahasiswa dan mahasiswi bersama enam orang mantan ahli MPP UNISSA menyertai kursus kepimpinan selama tiga hari di Daerah Temburong.
29 mahasiswa dan mahasiswi bersama enam orang mantan ahli MPP UNISSA menyertai kursus kepimpinan selama tiga hari di Daerah Temburong.