Asap paksa pesawat Filipina berpatah balik

Asap paksa pesawat Filipina berpatah balik

MANILA, 26 Sept – Asap dari sebuah bolong udara memaksa sebuah pesawat Philipine Airlines (PAL) ke Jepun berpatah balik sejurus selepas ia berlepas hari ini, pegawai penerbangan mengatakan.

“Tampaknya terdapat maklumat yang juruterbang mengesan asap dalam kabin. Jadi sebagai langkah keselamatan, juruterbang terpaksa berpatah balik ke landasan,” kata Eric Apolonio, jurucakap bagi pihak berkuasa penerbangan awam.

Pesawat Airbus A340-300 itu membawa 222 orang penumpang dan 13 krew ke lapangan terbang Haneda, Tokyo, terpaksa kembali ke Manila selepas 20 minit berlepas, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.

PAL mengatakan tiada kepanikan dan penumpang turun dengan selamat dan akan berlepas ke Jepun menggunakan pesawat lain. Punca insiden itu masih disiasat, menurutnya lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA