Asas ekonomi China tidak kukuh – Li

Asas ekonomi China tidak kukuh – Li

TINAJIN, China, 27 Jun (AFP) – Undi Britain untuk keluar dari EU menambah ketidakpastian baru kepada ekonomi sejagat pada ketika apabila tekanan ke atas China meningkat, menurut Perdana Li Keqiang hari ini pada mesyuarat Forum Ekonomi Dunia.

Kapasiti berlebihan, pelaburan perlahan dan permintaan melemah di ekonomi nombor dua dunia, Li berkata pada run-dingan tahunan ‘pejuang baru’ di Tianjin, bandar pelabuhan di utara China.

Undian Britain minggu lalu telah pun memberi impak kepada pasaran kewangan antarabangsa, kata Li, ‘yang menambah ketidakpastian baru kepada dunia.”

“Disebabkan persekitaran antarabangsa yang teruk dan rumit dan masalah domestik yang berakar umbi, asas ekonomi China tidak kukuh,” Li menambah.

“Ia kekal tetapi tidak tekanan menurun besar ke atas ekonomi dan kerumitan tidak boleh dipandang rendah.”

Tetapi dia juga cuba meyakinkan hadirin dengan berkata bahawa perakuan China tentang kerumitan menunjukkan ia mempunyai ‘resolusi’ dan ‘kemampuan’ untuk mengatasinya.

Ekonomi China, tunggak dagangan sejagat, tidak akan mengalami kesukaran, dia meramalkan.

Rundingan itu perhimpunan seperti perhimpunan Davos yang mengumpulkan 2,000 pemimpin elit perniagaan dan politik dari lebih 80 buah negara, menumpu pada topik berkaitan sains dan teknologi tetapi undian Brexit yang mengejutkan membayangi topik-topik lain.

Sebuah panel semalam yang khas untuk Brexit menunjukkan beberapa analisis sendiri dikalangan hadirin berpengaruh, dengan ketua yayasan Forum Ekonomi Dunia Adrian Monck berkata “kita tidak berbuat yang bagus’ dalam usaha untuk membantu orang biasa.

Ahli panel Ian Bremmer, presiden Kumpulan Eurasia, menambah “Tidak dipersoalkan lagi bahawa kumpulan elit dalam setiap manifestasi telah menyaksikan kehancuran asas sosial dalam ekonomi negara perindustrian yang maju dan tidak memberi respons kepadanya.”