ASC bela atlet wanita

ASC bela atlet wanita

SYDNEY, 3 Feb – Persatuan sukan utama di Australia diberi amaran oleh kerajaan negara itu supaya tidak membezakan cara pengembaraan antara atlet lelaki dan wanita apabila mereka menyertai kejohanan utama di luar negara.

Menteri Sukan, Sussan Ley dan Pengerusi Suruhanjaya Sukan Australia (ASC), John Wylie mengancam untuk memotong dana kepada organisasi berkenaan jika pengembaraan ‘neutral-jantina’ tidak diperkenalkan.

Suruhanjaya berkenaan bakal menyediakan sejumlah AS$94 juta (RM404.2 juta) kepada badan sukan Australia tahun ini.

“Pada tahun 2016, kami rasa tidak ada sebab mengapa atlet lelaki dan wanita perlu mengembara dalam kelas berbeza atau tinggal di penginapan berlainan taraf ketika menghadiri acara sukan antarabangsa,” kata suruhanjaya itu.

“ASC mencadangkan polisi mengembara neutral-jantina (tiada diskriminasi jantina) bagi kejuaraan utama senior dijadikan syarat untuk pelaburan ASC dalam sukan.”

Sussan Ley (atas) dan John Wylie mengancam untuk memotong dana kepada organisasi berkenaan jika pengembaraan ‘neutral-jantina’ tidak diperkenalkan. - Reuters
Sussan Ley (atas) dan John Wylie mengancam untuk memotong dana kepada organisasi berkenaan jika pengembaraan ‘neutral-jantina’ tidak diperkenalkan. – Reuters

Menurut Ley, dia amat terkejut apabila mengetahui dalam setiap sukan, tidak semua atlet lelaki dan wanita mengembara serta menginap pada tahap yang sama.

Media menyelar pasukan bola keranjang Australia apabila mendapat tahu yang pasukan wanita mereka menaiki kelas ekonomi ke Sukan Olimpik 2012 di London, manakala pasukan lelaki dalam kelas perniagaan walaupun tidak cemerlang.

Di Canberra, pembangkang Buruh MP Lisa Chesters menghujahkannya dalam perdebatan dengan berkata tidak ada justifikasi untuk memberi layanan yang lebih kepada atlet lelaki berbanding wanita.

“Kami mempunyai cara yang banyak bagi memastikan atlet wanita kita dilayan sama seperti atlet lelaki,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA