ASEAN, China bincang ‘hotline’ bagi pertikaian perairan

ASEAN, China bincang ‘hotline’ bagi pertikaian perairan

MANILA, 2 Ogos (AFP) – ASEAN dan China sedang membincang penubuhan “hotline” sekiranya berlaku kecemasan berhubung pertengkaran wilayah mengenai Laut China Selatan, kata seorang pegawai Filipina hari ini.

Hotline yang dicadangkan itu dibincangkan ketika satu mesyuarat diplomat tertinggi dari China dan ASEAN, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, di Tianjin pada minggu lalu, kata jurucakap jabatan luar negeri Charles Jose.

Jose, di mana negaranya adalah salah satu yang paling lantang dalam perbalahan mengenai perairan yang dipertikaikan, berkata perkara tersebut telah dirujuk semula kepada kumpulan kerja bersama dan masih membuahkan hasil.

“Walaupun ia dipersetujui pada dasarnya sebagai satu langkah awal, ia memerlukan perbincangan teliti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada AFP.

Beliau menekankan hotline itu tidak akan dilancarkan pada mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN akan datang. Filipina dan rakan anggota ASEAN Brunei, Malaysia dan Vietnam mempunyai tuntutan ke atas Laut China Selatan di samping China dan Taiwan.

Perbalahan telah menjadi semakin tegang dalam beberapa tahun ini dengan Filipina berada di depan untuk menuduh China “membuli” dalam mendesak tuntutannya ke atas perairan yang merupakan laluan laut yang penting dan tempat penangkapan ikan yang juga dipercayai mempunyai sumber galian yang banyak.

Dalam beberapa bulan ini, Filipina telah mengemukakan kebimbangan mengenai penebusgunaan tanah China untuk menukar singkapan di laut kepada pulau tiruan menempatkan kota kara tentera.

ASEAN, yang juga termasuk Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura dan Thailand, telah mendesak penubuhan “kod tatalaku” dengan China yang mewajibkan pihak menuntut supaya tidak mengambil tindakan yang boleh mencetuskan konflik di rantau.

ARTIKEL YANG SAMA