ASEAN perlu bekerjasama selesaikan masalah penyakit padi

ASEAN perlu bekerjasama selesaikan masalah penyakit padi

PUTRAJAYA, 3 Jun (Bernama) – Negara anggota ASEAN perlu bekerjasama untuk mengekang penyebaran perosak dan penyakit yang menyerang sawah padi di rantauini seperti penyakit hawar daun (BLB), kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata adalah penting untuk penyelidik di rantau ini bekerjasama untuk menyelesaikan masalah bersama untuk memastikan kestabilan bekalan beras yang menjadi makanan ruji kepada lebih 600 juta penduduk rantau ini.

“Tahun lepas MADA menanam 100,000 hektar dengan padi dan kami kerugian kira-kira RM120 juta kepada penyakit ini.

BLB dan penyakit lain adalah masalah berulang dan setakat ini kami tidak memiliki penyelesaian sebenar untuk mengatasi masalah ini. Jadi mereka(penyelidik) mesti menghasilkan benih baharu yang kebal terhadap penyakit ini,” beliau memberitahu wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Rizab Keselamatan Makanan ASEAN ke-35 (AFSRB) di sini, hari ini. Mesyuarat dua hari itu akan menumpukan kestabilan harga makanan, mengukuhkanasas pengeluaran makanan dan peluang perniagaan jangka panjang dalam kalangan negara ASEAN.

Mesyuarat itu juga dijangka membincangkan perkembangan terkini Program RizabBeras Kecemasan ASEAN Campur Tiga dan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan ASEAN (AFSIS).

AFSRB dihadiri 40 wakil dari 10 negara ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam.

ARTIKEL YANG SAMA