ASEAN rantau penting bagi keamanan

ASEAN rantau penting bagi keamanan

SUNNYLANDS (California), 16 Feb – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, telah menekankan peri penting hubungan AS-Asean dalam sebuah sidang puncak utama, sambil berkata rantau ini penting bagi keamanan dan kemakmuran di Asia-Pasifik.

“Sebagai presiden, saya telah menegaskan bahawa walaupun Amerika Syarikat menghadapi ancaman segera di seluruh dunia, dasar luar negara juga perlu merebut peluang-peluang baru.

“Dan hanya sedikit kawasan yang memberi lebih banyak peluang bagi abad ke-21 daripada Asia Pasifik,” kata Obama pada pembukaan sidang kemuncak dua hari AS-Asean di Sunnylands, sebuah resort di gurun California, pada Isnin.

“Sebab itu, pada awal jawatan presiden saya, saya memutuskan bahawa Amerika Syarikat, sebagai sebuah negara Pasifik, akan mengimbangi semula dasar luar negara dan memainkan peranan lebih besar dan jangka panjang di rantau Asia-Pasifik.

“Dan ini termasuk jalinan dengan Asia Tenggara dan Asean, yang penting bagi keamanan dan kemakmuran di rantau ini, dan kepada matlamat bersama kita membina suatu aturan serantau di mana semua negara mengikut peraturan sama.”

Baginda Sultan (tiga kanan), Presiden Barack Obama bersama pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain ketika persidangan itu. – AFP
Baginda Sultan (tiga kanan), Presiden Barack Obama bersama pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain ketika persidangan itu. – AFP

Para pemimpin dari 10 negara Asean menghadiri mesyuarat bersejarah itu, yang merupakan kali pertama Amerika menjadi tuan rumah para pemimpin Asean.

Brunei diwakili oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Banyak telah dibuat mengenai perlambangan mesyuarat itu, terutama memandangkan Amerika memilih mengadakannya di tempat yang sama Obama bertemu Presiden China, Xi Jinping, pada 2013.

Pada sesi pembukaan, Obama menggariskan beberapa cabaran yang beliau berharap dapat bincangkan bersama para pemimpin Asean pada sidang puncak itu.

Sebagai contoh, beliau berharap para pemimpin itu dapat meningkatkan kerjasama dalam memerangi pengganasan dan perubahan iklim.

“Seperti yang kita telah diingatkan sekali lagi oleh serangan di Jakarta bulan lalu, musuh nombor satu, iaitu pengganasan, menuntut kita berwaspada, berkongsi maklumat dan bekerjasama untuk melindungi rakyat kita.

“Sama seperti negara kita bekerja bersama untuk mencapai perjanjian perubahan iklim kukuh di Paris, kini kita perlu melaksana perjanjian itu dan meningkatkan pelaburan dalam tenaga bersih, yang dimampu, termasuk bagi – negara membangun, “katanya.

Mengenai dasar ekonomi, Obama berkata beliau berharap para pemimpin itu akan melakukan lebih banyak bagi menggalak keusahawanan dan inovasi. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA