ASEAN temui kebuntuan

ASEAN temui kebuntuan

VIENTIANE, 24 Julai – Negara Asia Tenggara menemui kebuntuan hari ini mengenai cara-cara berdepan dan menghadapi ancaman perang di Laut China Selatan tatkala tekanan daripada Beijing sekali lagi menimbulkan hubungan renggang di antara negara mengenai isu keselamatan paling kontroversi di rantau itu.

Perhimpunan di Vientiane adalah kali pertama peserta serantau termasuk China dan Amerika Syarikat telah berkumpul beramai-ramai sejak tribunal yang disokong PBB memberikan tamparan hebat kepada tuntutan Beijing ke atas sebahagian besar kawasan laut strategik itu.

Sepuluh negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mempunyai empat negara yang telah bersaing tuntutan dengan Beijing berhubung kawasan laut strategik dan mempunyai perselisihan mengenai isu tersebut.

Pihak menuntut telah menuduh China menjalin gabungan dengan negara lebih kecil seperti Laos, tuan rumah pada tahun ini, dan Kemboja menerusi bantuan dan pinjaman untuk memisah blok.

Tekanan China dipersalahkan pada bulan lalu atas perbalahan ASEAN apabila negara-negara tidak mengaku satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Malaysia selepas mesyuarat ASEAN-China.

Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith menyampaikan ucapan ketika acara pembukaan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN ke-49 yang diadakan di Vientiane, Laos. - AFP
Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith menyampaikan ucapan ketika acara pembukaan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN ke-49 yang diadakan di Vientiane, Laos. – AFP

Kenyataan tersebut telah meluahkan kebimbangan berhubung aktiviti China di Laut China Selatan. Kemboja dan Laos dituduh sebagai berada di sebalik tindakan untuk menghalang kenyataan bersama itu.

Perselisihan berkenaan menjadi ketara sekali lagi di ibu negara Laos dengan orang dalam menuduh Kemboja merosakkan tindakan untuk memasukkan satu respon kepada keputusan tribunal dalam kenyataan bersama, dijangka keluar pada akhir mesyuarat hari ini.

“Kami perlu menyelesai masalah yang dihadapi,” beritahu seorang diplomat yang terbabit dalam perbincangan kepada AFP hari ini. “Namun kami masih belum mencapai sebarang persetujuan.”

Seorang lagi diplomat ASEAN menambah: “Kami masih terbuntu. Kami kembali ke meja rundingan.”

Satu draf kerja kenyataan bersama yang diperoleh oleh AFP semalam menunjukkan bahagian bertajuk “Laut China Selatan” sebagai kosong.

Kebuntuan di Vientianne telah menimbulkan kebimbangan berulangnya sidang kemuncak 2012 di Kemboja di mana blok gagal mengeluarkan satu kenyataan bersama untuk kal pertama dalam sejarahnya disebabkan perselisihan mengenai Laut China Selatan. – AFP