ASEAN tingkat kerjasama pembangunan

ASEAN tingkat kerjasama pembangunan

VIENTIANE, 8 Sept – Sepuluh negara anggota Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan China, Korea Selatan, Jepun (ASEAN+3) berjanji akan bekerjasama untuk meningkatkan kerjasama mereka dalam pembangunan yang berdaya tahan. Janji itu dibuat pada sidang mesyuarat semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, para pemimpin negara menegaskan semula komitmen mereka untuk melaksanakan Agenda 2030 bagi Pembangunan yang berdaya tahan yang dibentuk tahun lalu pada Sidang Mesyuarat Pembangunan Berdaya Tahan PBB di New York dan Perjanjian Paris pada Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015.

Para pemimpin berikrar untuk bekerjasama untuk memenuhi 17 matlamat pembangunan berdaya tahan (SDGs) dalam dekad seterusnya dalam rangka kerjasama ASEAN+3.

Para pemimpin menggesa semua negara supaya mengambil tindakan cepat dan cekap, menyeluruh dan kukuh untuk menjana pelaksanaan SDGs dalam semangat kesamaan, kerjasama dan merangkumi.

Untuk mencapai matlamat pembangunan yang berdaya tahan, para pemimpin memutuskan untuk memulakan laluan yang saksama, merangkumi, terbuka, menyeluruh dan inovasi yang menjana pembangunan bagi kepentingan semua Negara-Negara ASEAN+3 .

Dalam hubungan ini, mereka bersetuju untuk mengambil tindakan kukuh seperti mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan dalam dan antara negara-negara, dengan meningkatkan pembangunan berdaya tahan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSMEs), merangsang kerjasama pelancongan yang berdaya tahan dan meningkatkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan.

Mekanisme kerjasama ASEAN + China, Jepun, Korea Selatan menggabungkan ASEAN+3 dan juga ASEAN+1 rangka kerja. Dan ASEAN+3 rangka kerja bagi mekanisme kerjasama ASEAN masing-masing dengan China, Jepun dan Korea Selatan. Dua rangka kerja diwujudkan pada lewat tahun 1990an apabila negara-negara ASEAN memutuskan untuk meningkatkan kerjasama dengan ekonomi-ekonomi besar lain Asia dengan berlatarbelakangkan globalisasi ekonomi. – Xinhua