ASG7 labuh tirai

ASG7 labuh tirai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7) tahun ini melabuh tirai setelah majlis penutupan rasminya diadakan di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, malam tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Dalam ucapannya, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom melahirkan rasa gembira dan bangga terhadap semua atlet yang menyertai ASG7 tahun ini, dan berharap mereka mendapat pengalaman yang bermakna sepanjang temasya ini.

Beliau berharap agar ASG7 ini telah memberikan impak kepada para peserta untuk menjadi atlet yang terbaik pada masa akan datang.

Di samping itu, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom juga berharap agar semua negara-negara ASEAN akan menjadi sebuah keluarga ASEAN yang bersatu, dan menurut beliau lagi, kesemua atlet yang menyertai temasya ini adalah pemenang dan mereka juga telah mengharumkan nama negara masing-masing.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom semasa hadir di majlis berkenaan.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom semasa hadir di majlis berkenaan.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom menyerahkan Bendera ASG kepada Dr. Kittipong Potimu.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom menyerahkan Bendera ASG kepada Dr. Kittipong Potimu.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom semasa menyampaikan cenderahati kepada ketua kontinjen negara peserta ASG7.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom semasa menyampaikan cenderahati kepada ketua kontinjen negara peserta ASG7.

pg24_151128_LOGO ASG7

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom menyampaikan cenderahati kepada ketua kontinjen ASG7.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom menyampaikan cenderahati kepada ketua kontinjen ASG7.

pg21_151128_d

Haji Abdul Rahim semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutup ASG7.
Haji Abdul Rahim semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutup ASG7.
Antara mereka yang hadir pada Majlis Penutup ASG7, semalam.
Antara mereka yang hadir pada Majlis Penutup ASG7, semalam.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Jawatankuasa ASG7, Haji Abdul Rahim bin Derus menjelaskan, acara-acara sukan seperti ini adalah medan untuk mempamerkan bakat atlet muda dalam membantu mereka untuk meraih kejayaan yang diingini di samping meningkatkan keyakinan diri.

Majlis malam tadi juga menyaksikan tetamu kehormat majlis menyerahkan bendera rasmi ASG kepada Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Jasmani, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Dr. Kittipong Potimu, selaku Chef de Mission dari Negara Gajah Putih yang akan menjadi tuan rumah kejohanan ASG8, tahun depan.

Dr. Kittipong dalam ucapannya menjelaskan Thailand amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang seterunya dan ASG8 akan diadakan pada bulan Julai di Chiang Mai pada tahun 2016.

Majlis malam tadi turut menyaksikan tetamu kehormat majlis menyampaikan cenderamata kepada setiap ketua-ketua kontinjen negara ASEAN.

Di samping itu, majlis penutup turut dimeriahkan lagi dengan tayangan video klip ASG7 serta beberapa persembahan kebudayaan seperti persembahan Irama Gulintangan dan persembahan tarian asli Brunei.

Turut hadir di majlis itu ialah duta-duta dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi negara ASEAN di Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan serta para pegawai majlis ASG7 dan para jemputan khas.

Dalam kejohanan yang bermula sejak 21 November itu, Negara Brunei Darussalam berjaya meraih lima pingat iaitu satu emas, satu perak dan tiga gangsa daripada acara Pencak Silat, Sepak Takraw dan Bola Jaring.

Indonesia pula telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan selepas berjaya mengutip 59 pingat iaitu 25 emas, 24 perak dan 10 gangsa.

ARTIKEL YANG SAMA