Ashley Furniture kini di Brunei

Ashley Furniture kini di Brunei

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Ashley Furniture HomeStore, jenama kedai perabot paling dikenali ramai di seluruh dunia dengan kemudahan pengeluaran utama di Amerika Syarikat (AS) dan di luar negara, kini telah membukakan francais pertamanya di negara ini yang terletak di Jalan Jerudong, Mukim Sengkurong.

Perasmian dewan pameran jenama berkenaan disempurnakan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam, Craig Boyd Allen hari ini dengan memotong riben bersama-sama dengan Pengarah Jackhan Sdn Bhd, Jason Son dan Awang Mohd Akip bin Haji Abdullah, Timbalan Presiden Jualan Antarabangsa Asia, Robin Lim; Pakar Pemasaran Antarabangsa bagi Ashley Singapura, Malaysia, Brunei, Taiwan dan Hong Kong, Jason Lee dan Pengurus Besar Jackhan Sdn Bhd, Geraldine.

Craig Boyd Allen dalam ucapannya berkata, Kedutaan Amerika Syarikat akan memberikan sokongan yang berterusan bagi syarikat-syarikat AS untuk memasuki pasaran di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama mempromosikan hubungan ekonomi dan kebudayaan di antara kedua-dua negara ini.

“Kami sentiasa berusaha untuk mengenal pasti peluang-peluang yang baru untuk syarikat-syarikat AS dan Brunei untuk mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran masing-masing atau membuat perkongsian perniagaan.

“Rata-rata syarikat AS yang telah memasuki pasaran di negara ini telah pun mencatatkan kadar kejayaan yang baik dan sambutan yang menggalakkan,” ujarnya.

Craig Boyd Allen bersama tetamu khas yang lain semasa memotong reben perasmian kedai perabot tersebut.
Craig Boyd Allen bersama tetamu khas yang lain semasa memotong reben perasmian kedai perabot tersebut.
Craig Boyd Allen semasa menyampaikan ucapannya.
Craig Boyd Allen semasa menyampaikan ucapannya.

Beliau yakin bahawa pelanggan-pelanggan di negara ini, khususnya keluarga-keluarga, akan dapat menikmati produk-produk menarik yang ditampilkan di kedai perabot Ashley Furniture HomeStore.

Majlis hari ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma Jackhan Sdn Bhd masing-masing sebanyak $3,000 kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim, SMARTER Brunei dan juga Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA).

Sumbangan disampaikan oleh Awang Mohd Akip kepada Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Mustapha bin Haji Matahir selaku wakil Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim.

Sumbangan bagi SMARTER Brunei pula disampaikan oleh Jason Son kepada Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman.

Sementara sumbangan bagi Persatuan KACA disampaikan kepada Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman oleh Geraldine.

Awang Mohd Akip menyempurnakan sumbangan bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim kepada Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Awang Mohd Akip menyempurnakan sumbangan bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim kepada Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Jason Son menyempurnakan sumbangan bagi SMARTER Brunei kepada Malai Haji Abdullah.
Jason Son menyempurnakan sumbangan bagi SMARTER Brunei kepada Malai Haji Abdullah.
Geraldine menyempurnakan sumbangan bagi Persatuan KACA kepada Haji Awang Abdul Alim.
Geraldine menyempurnakan sumbangan bagi Persatuan KACA kepada Haji Awang Abdul Alim.

Penyampaian sumbangan disaksikan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam.

Jackhan Sdn Bhd merupakan pemegang lesen bagi Ashley Furniture HomeStore di negara ini.

Dewan pameran Ashley Furniture HomeStore menawarkan lebih 3,000 produk perabot yang berkualiti, mengikuti cita rasa pelanggan dan pelanggan juga boleh mereka bentuk rumah mereka dengan tawaran-tawaran yang berpatutan untuk set-set bilik yang berbeza seperti set bilik tidur, set makan dan bermacam-macam lagi.

Bersempena dengan perasmiannya hari ini, Ashley Furniture HomeStore menawarkan potongan harga lebih 50 peratus bagi pelanggan yang ingin membeli Recliner Chair dan promosi ini akan bermula esok sehingga 13 Januari, selagi stok masih ada dan terhad kepada satu unit untuk seorang pelanggan sahaja.

Di samping itu juga, Ashley Furniture HomeStore turut menawarkan promosi bulan ini, Brunei Salebration yang akan berakhir sehingga 31 Januari ini.

ARTIKEL YANG SAMA