Asia merosot, yen meningkat

Asia merosot, yen meningkat

HONG KONG, 15 Sept (AFP) – Saham Asia kebanyakannya merosot hari ini ketika kesusahan ekonomi China mengakibatkan para pelabur resah gelisah, manakala Nikkei Jepun menurun dan yen lebih tinggi selepas bank pusat negara itu mengeluarkan langkah baru untuk menopang ekonominya yang lembap.

Sementara keadaan turun naik yang dicetuskan China yang telah menggambarkan kebanyakan dagangan bulan lalu telah berkurang, kebanyakan keyakinan sebelah pagi telah lemah ketika para pelabur mengalihkan tumpuan mereka pada keputusan genting AS tentang kadar faedah pada hari Khamis.

Kebanyakan mata wang negara sedang membangun yang pulih di sebelah pagi menjadi lebih lemah di sebelah tengah hari.

Dan dolar Australia, yang naik ekoran berita bahawa Malcolm Turnbull yang popular akan menggantikan Tony Abbott sebagai perdana menteri, melepaskan perolehan awal.

Sementara Bank Jepun secara meluas dijangka tidak akan meluaskan rangsangan besarnya hari ini, wujud rasa kecewa selepas pengumumannya yang mana ia berkata ekonomi “terus pulih dengan sederhana.”

Bagaimanapun, ia menyatakan ‘eksport dan penghasilan terjejas oleh kelembapan dalam ekonomi-ekonomi negara membangun’ dan penganalisis berkata langkah pelegaan kewangan seterusnya mungkin akan masih muncul.

Marcel Thieliant dari Capital Economics berkata dalam catatan pelanggan: “penilaian berhati-hati Bank Jepun tentang keadaan ekonomi menunjukkan bahawa para penggubal dasar akan mengumumkan tambahan rangsangan kewangan.”

Di sebalik perbelanjaan besar kerajaan lebih dua tahun dan pelegaan kewangan bank pusat, para pemimpin Jepun dalam kepayahan memulakan pertumbuhan di ekonomi nombor tiga dunia ini dengan pertumbuhan inflasi yang diharapkan juga gagal.

Gambaran sederhana muncul berlatarbelakangkan kekacauan sejagat selepas penurunan nilai yuan China bulan lalu.

Para peniaga akan menanti untuk melihat apakah yang akan dikatakan oleh gabenor bank Haruhiko Kuroda pada sidang media lewat hari ini, tentang rancangannya untuk masa depan.

“Jika kita lihat apa-apa pada Kuroda dan Bank Jepun hari ini ia akan mewujudkan suasana bagi langkah tambahan jika mereka memerlukannya,” Chris Weston, ketua ahli strategik pasaran di Melbourne di IG, berkata dalam e-mel kepada para pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA