Asia sambut b...

Asia sambut baik keputusan FIFA

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ketua bola sepak Asia itu berkata rantau ini ‘memerlukan lebih banyak slot’ pada Piala Dunia selepas FIFA meluluskan 48 pasukan dari 2026 dan keputusan itu amat dialu-alukan oleh negara-negara dari China sehinggalah ke New Zealand.

Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa berkata saiz Asia dan kekuatan ekonomi memberikan kelebihan berbanding peruntukan semasa jaminan empat slot yang dijangka meningkat kepada lapan.

Media kerajaan China berkata langkah itu boleh membantu merealisasikan ‘impian’ mereka untuk kembali ke Piala Dunia, manakala New Zealand yang nampaknya sudah bersedia untuk menjadi benefisiari utama menyifatkan langkah itu sebagai ‘berita hebat’.

Ramai pula yang mengkritik keputusan itu akan mencairkan kualiti Piala Dunia dan berkata pengembangan tersebut didorong oleh keuntungan dan kepentingan politik.

Tetapi Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) Sheikh Salman berkata, keputusan itu akan memberi ‘kesan positif kepada bola sepak Asia’.

Infantino (dua kiri) dan Diego Armando Maradona (tengah) bergambar bersama legenda bola sepak yang lain selepas menyertai satu perlawanan persahabatan sebelum majlis Anugerah Terbaik FIFA di Zurich pada 9 Januari lalu. Keputusan Infantino memperkenalkan 48 pasukan Piala Dunia disambut baik oleh AFC dan menyifatkan keputusan itu sebagai ‘berita hebat’. – AFP
Infantino (dua kiri) dan Diego Armando Maradona (tengah) bergambar bersama legenda bola sepak yang lain selepas menyertai satu perlawanan persahabatan sebelum majlis Anugerah Terbaik FIFA di Zurich pada 9 Januari lalu. Keputusan Infantino memperkenalkan 48 pasukan Piala Dunia disambut baik oleh AFC dan menyifatkan keputusan itu sebagai ‘berita hebat’. – AFP

“Kami percaya Asia, benua yang paling besar, patut lebih banyak slot berbanding kuota semasa berdasarkan kuasa ekonomi dan populariti permainan di Asia, di samping pembangunan yang besar untuk bola sepak di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Negara-negara Asia sebahagian besarnya gagal memberi impak pada Piala Dunia yang dikuasai oleh pasukan Eropah dan Amerika Selatan walaupun tuan rumah bersama Korea Selatan mara separuh akhir pada 2002.

China yang berada pada ranking ke-82 FIFA sudah menetapkan sasaran mereka untuk menjadi kuasa bola sepak global dan agensi berita rasmi Xinhua berkata, langkah FIFA mewakili satu peluang yang besar.

“Walaupun tahap kemahiran dan strategi bola sepak China tidak tumbuh pesat menjelang 2026, objektif awal reformasi bola sepak mereka akan dapat direalisasikan,” kata seorang komentar Xinhua.

“Pada masa itu, dengan bonus tambahan pengembangan Piala Dunia, kemungkinan kepulangan China kepada Piala Dunia bukan lagi satu mimpi.”

Ketua Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Australia David Gallop berkata, langkah FIFA itu merupakan satu ‘pengiktirafan kepada pertumbuhan permainan di luar Eropah dan Amerika Selatan’.

“Memandangkan mutu bola sepak Asia terus bertambah baik, ahli persatuan AFC secara wajar layak mendapat perwakilan yang lebih besar pada Piala Dunia FIFA,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA