Asia Tenggara mungkin jadi sasaran IS

Asia Tenggara mungkin jadi sasaran IS

CANBERRA, Australia, 1 Sept – Perdana Menteri Australia hari ini memberi amaran supaya tidak menyemai ketidakpercayaan kepada orang Islam, ketika beliau menggariskan langkah lebih keras ke atas ancaman yang diperlihatkan oleh pergerakan Islam IS.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull (gambar) berkata bahawa undang-undang Australia akan kelak dipindah untuk memberikan juruterbang-juruterbang jet pejuang F/A-18 Hornet Australia kedudukan sah sama seperti rakan campuran mereka apabila melancarkan serangan udara ke atas sasaran Islam IS di Iraq dan Syria.

Asia Tenggara adalah lokasi yang mungkin dijadikan sasaran serangan pengganas seterusnya pada warganegara Australia, katanya.

Malcolm Turnbull

Turnbull memberitahu Parlimen bahawa Australia mesti menyedari bahaya kumpulan (IS) di Asia Tenggara adalah sebuah rangkaian yang ditubuhkan pelampau Islam yang turut disertai bakal rekrut baru.

“Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil bahawa serangan mangsa seterusnya adalah warga Australia di Asia Tenggara, di mana propaganda IS telah merangsang rangkaian pelampau dan bersedia untuk melatih rekrut baru,” kata Turnbull.

“Indonesia, Malaysia, Filipina dan Bangladesh telah mengalami serangan pengganas sejak setahun lalu. Ramai yang menjangkakan serangan selanjutnya.”

Turnbull berkata adalah penting bagi Australia untuk bekerjasama dengan badan-badan anti-keganasan dari negara-negara Asia Tenggara dalam usaha untuk melindungi keselamatan dan keselamatan penduduk tempatan dan pelancong. – AP

ARTIKEL YANG SAMA