Asia Timur yakin kekalkan pertumbuhan

Asia Timur yakin kekalkan pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) – Negara-negara di Asia Timur yakin dapat mengekalkan pertumbuhan dan kemakmuran di rantau ini menerusi pelbagai perjanjian perdagangan dan kerjasama, menurut Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb.

Beliau berkata memandangkan rantau itu berjaya mengekalkan pertumbuhan meskipun kedudukan ekonomi dunia yang mencabar, negara-negara terbabit akan terus menjayakan pelbagai perjanjian perdagangan bagi mengekalkan pertumbuhan dan kemakmuran.

“Mesyuarat jelas memahaminya. Usaha kini adalah untuk meneruskan pelbagai perjanjian perdagangan supaya kita dapat mengekalkan pertumbuhan dan kemakmuran ini,” katanya kepada pemberita pada akhir mesyuarat Sidang Kemuncak Menteri Ekonomi Asia Timur ketiga di sini hari ini.

Andrew Robb (kiri) membincangkan sesuatu dengan pegawainya. – Bernama
Andrew Robb (kiri) membincangkan sesuatu dengan pegawainya. – Bernama

Robb berkata ASEAN sudah diperakui akan muncul sebagai rantau berpendapatan sederhana dalam tempoh 15 tahun akan datang dengan unjuran sejumlah 18 juta penduduk akan memasuki kumpulan pendapatan sederhana itu.

Mesyuarat yang dihadiri 10 Menteri Ekonomi ASEAN dan rakan mereka dari China, Korea Selatan, Jepun, Rusia, India, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, berlangsung di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-47 dan Mesyuarat-mesyuarat berkaitan, yang berakhir pada esok.

ARTIKEL YANG SAMA