Askar Saudi maut akibat letupan periuk api

Askar Saudi maut akibat letupan periuk api

RIYADH, 13 Julai – Seorang askar Arab Saudi maut akibat letupan periuk api semasa meronda di sempadan selatan dengan Yaman, kata kementerian dalam negeri.

Ia meletup semasa rondaan Pengawal Sempadan pada jam 7 pagi (0400 GMT) pagi Selasa di rantau Jazan kerajaan itu, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

Kira-kira 100 askar Saudi dan orang awam telah terkorban akibat pengeboman, pertempuran kecil dan periuk api di rantau sempadan sejak pasukan gabungan diketuai Saudi pada Mac tahun lepas mula campur tangan tentera di Yaman. – AFP