Askar Simpanan lakukan kerja amal

Askar Simpanan lakukan kerja amal

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) telah mengadakan aktiviti berkebajikan membersihkan kawasan masjid dan membesarkan kawasan perkuburan Islam di Kampung Kilanas dan Kampung Dadap, hari ini.

Projek Kerja Amal yang diungkayahkan setiap tahun bersempena Hari Ulang Tahun ASMDB itu dihadiri sama Penghulu Mukim Kilanas, Haji Abdullah bin Haji Halus, Pegawai Pemerintah ASMDB, Leftenan Kolonel Haji Mohd Sheh bin Haji Bagul dan penduduk di sekitarnya.

Terdahulu sebelum itu, majlis telah dimulakan dengan aktiviti membersihkan tanah perkuburan, kemudian diikuti dengan bacaan tahlil dan seterusnya kerja-kerja membersihkan Masjid Kampung Kilanas.

Projek Kerja Amal ASMDB di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Kilanas dan Kampung Dadap.
Projek Kerja Amal ASMDB di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Kilanas dan Kampung Dadap.
Antara anggota ASMDB ketika melakukan kerja-kerja membersihkan Masjid Kampung Kilanas.
Antara anggota ASMDB ketika melakukan kerja-kerja membersihkan Masjid Kampung Kilanas.