Askar Thai tembak mati 2 rakan

Askar Thai tembak mati 2 rakan

BANGKOK, 10 Mei (AFP) – Seorang askar didakwa melakukan pembunuhan selepas menembak mati dua daripada rakannya di sebuah berek tentera di wilayah selatan yang dicengkam pemberontakan, kata polis hari ini.

Lebih daripada 6,300 orang, majoriti mereka adalah orang awam, mati dalam masa sedekad konflik melagakan tentera, polis serta pemberontak yang menuntut autonomi lebih meluas bagi wilayah-wilayah majoriti Islam bersempadan dengan Malaysia.

Seorang askar berusia 57 tahun dari wilayah selatan Phatthalung melepaskan tembakan lewat Jumaat di berek di daerah Yaring, wilayah Pattani, membunuh dua orang askar, ketua polis tempatan Montri Kongwatmai memberitahu AFP.

“Askar itu membunuh dua askar lain kemudian menyerahkan diri,” katanya. “Penyiasatan kami menunjukkan dia ada konflik peribadi dengan mereka.”

Askar itu sudah didakwa dengan pembunuhan dan akan berhadapan perbicaraan dalam mahkamah tentera, tambah Montri.

ARTIKEL YANG SAMA