Askar Turki terbunuh di sempadan Syria

Askar Turki terbunuh di sempadan Syria

ISTANBUL, 2 Sept (AFP) – Seorang askar Turki terbunuh manakala seorang lagi hilang selepas terkenan tembakan yang dilepaskan dari kawasan yang dikuasai militan Negara Islam (IS) di sempadan negara itu dengan Syria, menurut pihak tentera.

Menurut kenyataan Angkatan Tentera Turki (TSK), askar berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan ketika dirawat di hospital susulan insiden di wilayah sempadan Kilis apabila tembakan dilepaskan dari kawasan yang dikuasai IS itu.

“Perhubungan terputus dengan seorang lagi askar semasa pertempuran itu,” menurut kenyataan itu. Usaha mencari askar berkenaan sedang dilakukan.

Pihak tentera tidak menyatakan siapa yang melepaskan tembakan tetapi Gabenor Kilis, Suleyman Tapsiz, menyatakan sekumpulan penyeludup yang cuba memasuki Turki dari Syria, melepaskan tembakan itu.