Assad harus letak jawatan

Assad harus letak jawatan

NEW YORK, 30 Sept (AFP) – Presiden AS Barack Obama berkata semalam bahawa pemimpin Syria Bashar al-Assad harus meletak jawatan sekiranya kumpulan Islamic State ditewaskan, tatkala beliau meminta pemimpin dunia supaya memulihkan kempen gabungan menentang pejuang jihad tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa Perancis telah melancarkan satu siasatan jenayah ke atas rejim Assad atas jenayah perang yang dilakukan di antara tahun 2011 dan 2013, kata sumber.

Sehari selepas bertempur dengan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai cara-cara untuk mengendalikan krisis di Syria, Obama menganjurkan sidang kemuncak cegah keganasan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Bersatu untuk membuat penilaian mengenai perang udara selama setahun ke atas pejuang IS di Iraq dan Syria.

“Di Syria, menewaskan ISIL memerlukan seorang pemimpin baru,” beritahu Obama kepada perhimpunan yang diadakan untuk membincang isu sampingan Perhimpunan Agung PBB.

Rusia mengecam mesyuarat kira-kira 100 pemimpin, menghantar seorang diplomat berpangkat rendah selepas Putin menerima perhatian dengan ucapan PBB beliau meminta gabungan untuk menentang IS yang akan termasuk tentera Syria.

Nasib Assad adalah punca perbalahan di antara Washington dan sekutu Syria Iran dan Rusia di tengah diplomasi mengenai cara-cara untuk menamatkan perang empat tahun yang telah membunuh lebih daripada 240,000.

Siasatan Perancis menumpukan pada bukti yang diberikan oleh bekas jurugambar tentera Syria dikenali dengan nama kod “Caesar,” yang membelot dan melarikan diri dari negara pada 2013, membawa bersamanya kira-kira 55,000 gambar grafik mengenai konflik kejam itu.